Sakit dari Allah. Nikmati pengampunyannya di sini.

Dalam hari hari awal minggu ini saya diduga olehnya yang maha esa.

Sebenarnya sahabat.

Banyak kali telah kita dengari bahawasanya penyakit yang tuhan turunkan ke atas manusia adalah satu bentuk pengampunan. Sama ada kita sedari atau x sedari.

Namun, ada kuncinya di sini iaitu sabar dan redha. Mulut kita perlu basah kerana penuh dengan kalamullah. Dan hati hanya berserah panyanya yang satu. Barulah godaan itu dinamakan ujian penghapusan dosa.

Sahabat.

Iman kita umah akhir zaman ini sangat lemah bahkan boleh dikatakan sebagai senipis kulit bawang secara kiasannya.masyaallah. andai kita benar-benar faham frasa atau analogi ini. Tentulah kita harus sedar betapa jauhnya kita dari rahmatnya.

Ingat pada mati.

Perlulah ke atas kita untuk sedar akan sejauh manakah mati? Jauh atau dekat? Nabi simpulkan hayat manusia ini sekadar antara adzan dan iqamah.

Lihatlah betapa dekatnya, malah jika difikirkan semula mungkin pada bila-bila masa sahaja malaikat maut akan mengetuk pintu rumah kita.

Beruntunglah barangsiapa yang sempat membaca artikel ringkas saya ini sehingga ke titisan noktah yang terakhir.
Kerana mungkin allah telahpun sampaikan hidayah dan keaedaran kepada pembaca.

Saya amat yakin perbuatan yang ikhlas mampu menyentuh perasaan mereka yang ikhlas juga.